Ahad, 21 November 2010

KALAU SAYA NAJIB PRU AKAN DIADAKAN PADA?

Moral BN sangat tinggi sekarang. Mereka dah menang diGalas dan Bukit Sapi. Jika saya Najib tarikh pilihanraya umum akan saya adakan pada 8 Februari 2011. Pasti BN akan terus pegang Kerajaan Persekutuan dengan majoriti lebih sedikit daripada sekarang hampir2 nak 2/3 majoriti. Kerajaan negeri Kelantan dan Selangor akan berubah teraju.

PR akan terus kukuh sebagai pembangkang tetapi kali ini orang lain jadi ketua pembangkang. Yang lama akan terus burukkan Malaysia di luar negara dan jadi sesumpah. Parti DAP akan bertambah kerusinya jauh lebih banyak daripada PAS atau PKR.

Itulah jika saya jadi Najib tetapi saya bukan Najib jadi berdongeng saje lah saya ne. Kadang2 dongeng jadi betul yang nampak realitik jadi dongeng dalam politik

Isnin, 8 Februari 2010

NIZAR MB BARU? POODAH

Esok(9.2.10) Nizar MB baru Perak. Itu kerja pembangkang. Kalau dapat ia akan kata Sistem Kehakiman Malaysia SANGAT BAIK LEBIH TERBAIK DARI YANG TERBAIK. Kalau tak dapat kerajaan BN dah masuk daun Sistem Kehakiman Malaysia SANGAT TERUK LEBIH TERUK DARI YANG PALING TERUK. Apa lagi ikut retorik Anwar Ibrahim le tu. Depa main cara power of perception. Kalau gendang banyak kali dalam telinga benda yang tak masuk akal pun lama-lama boleh percaya. Sudahlah tu rakyat Malaysia bukan bodoh nak kena tipu sahaja. You can bluff some people all the time,and all the people sometime but you cannot bluff all the people all the time