Sabtu, 28 November 2009

KES GERAN TANAH 999 TAHUN DAH SELESAI KE BELUM

Dulu heboh pasal anugerah tanah 999 tahun. Sekarang ni macamana? Apabila Kerajaan BN pegang Negeri Perak masih ikut cara dulu ke atau sudah tukar ke? Eluklah beritau rakyat macamana kedudukannya. Ini isu sentitif tetapi tak boleh le 'letak bawah karpet'nanti rakyat tertanya-tanya lagi susah. Orang ni kalau tutup-tutup macam tu lagi le percaya yang bukan-bukan lebih baik buka sahaja. Sampai PRU 13 nanti pekong didada kalau pecah mungkin tak dapat ditutup hidung baunya. Teman rasa kekawan tahu apa maksud teman tu?

Kita faham MB Perak sedang perah otak nak menyelesaikannya. Buat kata orang nak luah mati bapak nak ditelan mati emak. Carilah jalan yang sebaiknya biar kedua-dua belah pihak menang. Walaupun kita tahu kerajaan PR berak tengah jalan takkan BN nak buangnya tapi ini perasaan orang Cina, India dan sikit-sikit orang Melayu. Tambah pula kalau nak menang pilihanraya nanti jika deme tak sokong rodum BN dibuatnya. Itulah buat keputusan dimana orang-orang ni tak menang semua dan Kerajaan BN tak kalah semua.

Selasa, 17 November 2009

ANWAR NAK SERANG PERIBADI NAJIB

Amboi cantiknya strategi Anwar nak serang peribadi Najib. Tak ada cara lain ke nak buat nak kalahkan Najib? Kita tahu le cara Anwar kalau nak kekalkan tsunami politik PR mesti burukkan sesuatu atau seseorang sehingga orang rasa was-was dan mula marah kemudian orang-orang ni pulak yang buat kerja buruk seperti demonstrasi dsn. Dia tengok je orang lain yang silat dia tersengeh seronok. Podah le Anwar itu trick lama nak muntah orang mendengarnya.

Mari kita fikirkan situasi politik yang boleh timbul. Dalam kempen PR hambor keluor perkataan NAJIB ALTANTUNYA. Macam betoi-betoi Najib bunoh Altantunya. Apa kata orang sebelah pulak teriak ANWAR LIWAT. Macam betoi-betoi Anwar meliwat. Kan kelam kabut jadinya.

Pada Anwar budak Najib ni tak boleh kasi can sikit. Kalau beri sikit je habis angan-angan dia nak jadi PM. Mula cipta 1 Malaysia lepas tu buat pulak program untuk rakyat berbilang kaum lepas tu apa lagi entah apa-apa program pulak yang rakyat pasti suka. Takkan dia tak sokong 1 Malaysia benda baik jadi apa lagi serang peribadi Najib lah. Sendiri mahu ingat.