Dulu heboh pasal anugerah tanah 999 tahun. Sekarang ni macamana? Apabila Kerajaan BN pegang Negeri Perak masih ikut cara dulu ke atau sudah tukar ke? Eluklah beritau rakyat macamana kedudukannya. Ini isu sentitif tetapi tak boleh le 'letak bawah karpet'nanti rakyat tertanya-tanya lagi susah. Orang ni kalau tutup-tutup macam tu lagi le percaya yang bukan-bukan lebih baik buka sahaja. Sampai PRU 13 nanti pekong didada kalau pecah mungkin tak dapat ditutup hidung baunya. Teman rasa kekawan tahu apa maksud teman tu?
Kita faham MB Perak sedang perah otak nak menyelesaikannya. Buat kata orang nak luah mati bapak nak ditelan mati emak. Carilah jalan yang sebaiknya biar kedua-dua belah pihak menang. Walaupun kita tahu kerajaan PR berak tengah jalan takkan BN nak buangnya tapi ini perasaan orang Cina, India dan sikit-sikit orang Melayu. Tambah pula kalau nak menang pilihanraya nanti jika deme tak sokong rodum BN dibuatnya. Itulah buat keputusan dimana orang-orang ni tak menang semua dan Kerajaan BN tak kalah semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan