Kekadang susah nak tahu apa orang muda nak dari kerajaan. Asik je tak puas hati dengan apa yang ada. Mereka tahu bahawa BN nak minta undi mereka dalam pilihanraya jadinya nampak macam jual mahal pulak. Tak usah le main merajuk-rajuk sayang minta kerajaan ne pujuk-pujuk lebih sangat. Kan baik kalau sebut je apa sebenonya yang mereka mahu. Nak kerja,nak biasiswa, nak kursus, nak pinjaman mudah,nak apa-apa lagi sebut je le apa malu-malu. Mana yang boleh diberi tentu kerajaan akan berikan tetapi jangan minta yang bukan-bukan nak duit ke? nak bebas merempit ke? nak bebas bercouple ke? nak hisab dadah ke? kerenti tak dapat.
Kekadang kita pelik juga, pemuda tiang negara pemudi harapan bangsa tapi tak nampak pun ramai macam tu. Yang nampak ada yang suka dengar cerita buruk tentang kerajaan rasuah le,seleweng le,salahguna kuasa le oleh Pengkianat Kepada Rakyat. Sebut le macam tu orang muda terus naik marah begitulah kuatnya pengaruh orang tu. Bangun le sedar sikit jangan dikongkong lagi nyatakan apa yang orang muda nak?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan