Ahad, 11 Oktober 2009

MEGAH BENO LE MENANG DI BAGAN PINANG

Siapa tak suka BN menang di Bagan Pinang. Lama sangat kalah kalau dah menang tu suka sangat rasanya. Sebab menang dikatakan oleh kerana Isa Samad popular disana, atau PM punya 1 Malaysia, atau kerana orang India dan Cina dah mula sokong balik BN. Tu lah kalau menang sebab itu lah sebab ini lah dan kalau kalah juga macam-macam sebab.

Yang iyenya kalau beri kalah suruh kita buat lagi yang terbaik untuk menang hati rakyat. Kalau menang takkan pulak rasa rakyat dah sokong balik dan tak perlu buat yang terbaik nak menang hati rakyat. Ini yang kita takut kalau dah menang takut-takut dah takbur kerana kalau sudah ada momentum dirasakan susah hendak kalah. Macam Pakatan Rakyat sebab mereka dah takbur tak boleh kalah jadi mereka diberi kalah. Jadi kalau kita dah menang kita mesti takut kalah dimasa masa hadapan.

Jangan le harap pendekatan 1 Malaysia ini boleh sepanjang masa boleh memenangkan BN. Kita kan tahu itu hanyalah tanggal azimat yang ampuh pada awal-awal pendedahannya. Jangan gunakan 1 Malasia macam penadol semua penyakit boleh sembuh sebab memang ianya tak boleh sembuh semua penyakit. Yang penting kita kena fikir kita ni kalah walaupun kita dah menang. Barulah kita sedar diri sentiasa berusaha membuat apa yang termampu untuk kekal disayangi oleh orang melayu, orang cina dan orang india.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan