Selasa, 22 September 2009

BETUL KE SERONOK HARI RAYA DIKAMPUNG

Mula kalam, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan selamat berhariraya dikampung. Gambaran yang diberi mengikut bait-bait lagu raya seperti balik kampung, bergumbira beraya dikampung, bertemu sanak saudara dan perkataan yang seangkatan dengannya jelas melahirkan keseronokan yang amat sangat buat kata orang yang bercinta asyik masyul. Betul ke ?

Bagi kaum bapa serta ibu, mungkin seronok beraya dikampung sebab jumpa ibubapa mereka. Teringatkan masa dulu-dulu, zaman kanak-kanak mereka hidup dikampung main lestik, polis and stri(rupanya thief), seremban, naik basikal keliling kampung, main hantar-hantar bulan puasa dan banyak lagi. Tapi itu dulu sekarang dah hidup dirantauan budaya hidup dah berbeza dikampong lain sangat rasanya. Lebih-lebih lagi kalau suami atau isteri lain-lain negeri, lagi lain rasanya. Sebab orang lain balik kampung kitapun balik kampung takut nanti orang kata tak ada kampung laman koman sangat le tu. Sebenonya tak ada lah syok sangat balik raya dikampung tambah pula banyak duit habis.

Itu kita kira ibu bapa, kalau anak-anak pula bagaimana? Seronok le jumpa atok dan nenek itu sahaja kawan-kawan dikampong mana ada sebab kawan-kawan banyak kat rumah dibandar. Kemudahan tempat tidur dan nak pergi ke ayor susah sikit tak selesa sangat macam dirumah sendiri. Lepas itu kena kongsi dengan sepupu sepupu, semua pentingkan diri sendiri. Kalau sampai 4, 5 hari lagi boring rasa tak sabo-sabo nak balik. Jadi mana le seronok sangat balik kampung ni.

Mungkin gambaran yang diberikan agak pesimistik tetapi renong-renongkanlah. Dah sampai masa agaknya kita kena ubah sikit-sikit cara ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan