Isnin, 7 September 2009

Kita Kena Sokong Reformasi!!!

Apabila dulu nak bertanding pilihanraya 12 sibuk keadilan pekik reformasi-reformasi maka banyaklah menang kerusi atas semangat reformasi. Kita kena teruskan reformasi sebab ianya formula yang ampuh. Dalam reformasi kita kena berani luahkan apa yang tidak puas hati dengan establishment kalau tak dapat masuk suratkhabar kita buat demonstrasi dijalanan itu baru cool. Orang melayu tak puas hati demonstrasi, orang cina tak puas hati demonstrasi, orang hindu tak puas hati demonstrasi dan orang yang tak puashati tentang tak puas hati pun boleh pergi demonstrasi. Tuan Penasihat kata boleh apa takut.

Orang melayu di seksyen 23 tak puas hati sebab kuil hendak dibina ditempat mereka tentu baik berdemonstrasi atas nama reformasi. Apa kerajaan reformasi Pakatan Rakyat nak marah itu kan yang mereka suruh buat dulu mengapa sekarang tak boleh oleh itu kita kena demonstrasi sebab itu semangat reformasi. Janganlah pulak apabila jadi pembangkang ikut reformasi apabila dah jadi kerajaan jangan reformasi tak konsisten lah tu. Salahkah kita nak sokong reformasi? Tuan Penasihat nak marah, nanti kena jual....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan