Sahabat-Sahabat, Gentar juga rasa hati bila dapat tahu akan terjadi PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Sudah banyak kali BN kalah PRK jadi sana sini orang dah mula percaya bahawa mengikut teori domino PRK ini juga BN akan kalah. Bukan orang kebanyak sahaja yang percaya tetapi dalam hati mantan pimpinan UMNO dan hardcore UMNO juga dah turut percaya. Sebab itu teman semacam dah nak percaya?
Jadi kalau betul kalah nanti bukan sebab PR tu kuat tetapi BN dah lemah_dalaman dah patah. Pada orang melayu pulak pada masa itu mula lah rasa senyap sunyi samada nak raikan ke tidak? Nak rai rasa sedih sebab yang kalah sebenarnya orang melayu semacam darah daging selama 52 tahun dah tercabut dari badan dan nak sedih buat apa rasa nak padankan muka orang-orang UMNO. Nak marahkan orang India sebab kalah mana boleh mereka juga nak jaga kaum kerabat sendiri kononnya dah banyak kena nanya. Mana tak rasa gentar?
Jadi kalau yang dalam tu dah lemah kuatkan balik. Cakap menang menang banyak kali menang lah kita jika kata kalah banyak kali kalahlah kita. Orang kampong cakap menang, orang bandar cakap menang, orang kuat cakap menang, orang lemah cakap menang menanglah kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan