Sampai bila kita boleh diam jika segelintir rakyat Indonesia bakar bendera kita dan bangkitkan perkara sentitif serta hina kita. Tahap sabar ada hadnya. Kalau keselamatan anak negara kita terancam itu sudah lebih. Kalau mereka boleh buat provokasi kitapun boleh buat sama. Jangan sampai kita bakar bendera mereka dan tahan/periksa IC mereka dengan ditangan pakai senjata buluh runcing.
Tapi kita tabik rakyat Malaysia kerana bersikap macho dengan gelagat gila mereka. Orang begini tinggi hemahnya dan biarkan mereka merasa malu dengan sendirinya. Mereka tu bukan apa cemburu dengan kejayaan dan kemakmoran kita dan terpaksa tumpang cari makan dengan kita. Biarkan biarkan Siluncai terjun dengan labu-labunya. Marah berapi-api tapi terpaksa melukut ditepi gantang. Mereka dah lupa dengan duit yang mereka dapat di sini berapa ribu rumah kediaman yang telah mereka bina disana. Berapa ratusan ribu ekar tanah telah mereka beli buat keluarga tercinta. Berapa ribuan anak gadis mereka yang terselamat dari kancah maksiat. Ini tak campur multiflier effect terhadap ekonomi mereka. Itu duit Malaysialah jangan tak sedar diri. Mereka dah lupa itu mereka gigit tangan yang memberi tak kenang budi.
Sahabat Bangsa Serumpun, jangan cari yang buruk dan lupa yang baik. Itu bukan tuntutan agama suci kita. Tuan juga yang akan rugi. Tak runtuh anjing menyalak bukit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan